
Ehsan Bina kalah dalam bida untuk mengusir penduduk selepas dinafikan kebenaran untuk merayu kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan pada 7 Mac.
Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan Mei tahun ini, Ehsan Bina Sdn Bhd dan pengarah Koi Choor Koon mendakwa mereka membeli tanah di mana kampung itu terletak pada 2012.
Syarikat itu menyenaraikan nama 20 penduduk dalam tuntutan mahkamah itu sebagai defendan, dan juga penduduk lain yang tidak dinamakan.
Bagaimanapun, 15 daripada penduduk yang dinamakan itu menegaskan tuntutan itu “tidak jelas” kerana Ehsan Bina tidak menyatakan jumlah penduduk yang tidak dinamakan secara spesifik.
Peguam yang mewakili 15 penduduk itu, Dinesh Muttal, berkata beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar semasa perbicaraan sebutan hari ini yang beliau menolak kehakiman keizinan yang dianggap disetujui antara Ehsan Bina dan 5 penduduk yang dinamakan berserta penduduk lain yang tidak dinamakan dalam tuntutan itu.
“Mahkamah tidak patut memberikan keizinan jika tiada kejelasan pada nama dan keizinan itu juga dipertikai,” katanya.
Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Abu Bakar menetapkan satu tarikh pengurusan kes pada 9 Oktober, memberi laluan kepada penduduk dan pemaju menyelesaikan isu nama tidak dikenal pasti dan perincian kehakiman keizinan itu.
Awal hari ini, kira-kira 30 penduduk hadir ke mahkamah menunjukkan sokongan untuk kes mereka.
Penduduk yang diketuai wakil mereka Azman Mohd Taib, juga membawa sepanduk dengan mesej “kami mahu rumah ganti rumah” dan “hentikan pengusiran paksa”.
Selepas perbicaraan tamat, Azman dan penduduk lain berkumpul di luar bilik pembicaraan dan mengangkat sepanduk, menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan pemaju.
Azman memberitahu pemberita, penduduk sudah menghuni tanah itu lebih 40 tahun.
“Sebelum ini penduduk bukan rela hati menandatangan (persetujuan untuk berpindah) dan hanya peroleh RM7,000 sebagai pampasan,” dakwanya.
Azman juga mendakwa penduduk yang menandatangan persetujuan itu tidak menerima salinan persetujuan.
“Saya tidak menandatangan persetujuan kerana saya tidak takut dengan paksaan mereka,” tambahnya.
Sebelum ini, Azman dan penduduk lain membuat laporan polis terhadap pemaju yang didakwa mengganggu penduduk untuk berpindah dari situ.
Penduduk itu berkata mereka diugut dengan tindakan undang-undang jika enggan bersetuju dengan tawaran syarikat itu.