Warga Pakistan ditemui bergari di balkoni rumah kedai

Warga Pakistan ditemui bergari di balkoni rumah kedai

Superintenden Nek Zaidi Zakaria berkata pihak bomba terpaksa menggunakan tangga untuk menurunkan lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis.

pakistan
SHAH ALAM:
Seorang lelaki warga Pakistan ditemui dengan keadaan kedua-dua tangannya digari di balkoni rumah kedai di Seksyen 22 , Taman TTDI Jaya hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Nek Zaidi Zakaria berkata lelaki berumur 40 tahun itu dipercayai dilarikan 3 lelaki, termasuk seorang lelaki warga Arab, dari rumah mangsa di Klang kira-kira 8.00 malam tadi, sebelum meninggalkan mangsa seorang diri di balkoni rumah kedai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang peniaga gagal membayar hutang berjumlah RM100,000 kepada rakan kongsinya.

“Disebabkan itu, rakan kongsi mangsa dikatakan bertindak menggari dan membiarkan mangsa di balkoni sebelum dia diselamatkan 6.30 pagi tadi selepas kelibatnya disedari orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Nek Zaidi berkata pihak bomba dari balai Kota Anggerik di sini terpaksa menggunakan tangga untuk menurunkan lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis.

Katanya polis sedang berusaha mengesan kesemua suspek terbabit

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.