
Bercakap kepada pemberita selepas pusingan akhir siasatan itu, Zakaria berkata beliau difahamkan lembaga pengarah FGV bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan.
Beliau berkata siasatan itu membabitkan urusan antara anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd dan rakan perniagaannya Safitex Trading LLC dan berlangsung selama 4 jam.
“Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Saya tidak mahu ‘mengulas’ (mengenai keputusan). Saya serahkan kepada kebijaksanaan lembaga pengarah, termasuk pengerusi baharu, untuk menilai kes ini,” katanya.
Pengerusi baharu FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang memulakan tugas hari ini, mengadakan mesyuarat pertamanya dengan pegawai pengurusan kanan pagi tadi, dan dijadualkan mengadakan mesyuarat pengurusan pada sebelah petang.
Zakaria berkata beliau tidak dapat bertemu Azhar disebabkan jadual ketat pengerusi berkenaan.