Wanita hayun batang kunci stereng, maki penguat kuasa kunci tayar

Wanita hayun batang kunci stereng, maki penguat kuasa kunci tayar

Wanita itu memberi alasan dia terpaksa menghentikan keretanya di tempat letak kenderaan OKU kerana tiada tempat lain, apatah lagi dia membeli makanan untuk OKU.

sterenglock
PETALING JAYA:
Sebuah rakaman video tersebar di media sosial menunjukkan seorang wanita memaki penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang sebatang kunci stereng.

China Press melaporkan wanita itu mengamuk selepas mendapati tayarnya dikunci pihak berkuasa tempatan berkenaan kerana menghentikan keretanya di tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU).

Wanita terbabit memarahi penguat kuasa itu dengan “menghayun” sebatang kunci stereng sambil memberi alasan dia terpaksa meletak kereta di sana kerana tiada tempat lain.

“Saya beli makanan untuk OKU salahkah? Salahkah?” teriaknya berulang kali.

“Tak salah. You beli makanan, you tak salah,” jawab penguat kuasa bercermin mata gelap itu.

“Tak salah kenapa kunci kereta saya?” soal wanita itu lagi.

“You parking kereta salah,” kata penguat kuasa itu sambil bertanya jika wanita terbabit seorang OKU.

“Saya tolong OKU, you tak fahamkah?” katanya sambil menghentak kakinya.

“Saya faham…Kalau betul-betul you tolong OKU, baik parking tengah-tengah (jalan) saja,” kata penguat kuasa lelaki itu.

Pemandu terbabit kemudiannya merendahkan suara dengan berkata, meletakkan kereta di tengah jalan memang dilarang.

“Apakah you betul ke tak betul? Panggil saya park in the middle…Eh, you officer tau,” kata wanita berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=97&v=xX9T7C8sic0

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.