
“Belum ada perkembangan positif lagi. Akan kemaskini jika ada,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias kepada FMT.
Mustafa, 40, dilaporkan cedera ditembak 2 lelaki di halaman rumah teres 2 tingkat di Taman Putra, Ampang 29 Ogos lalu, dalam kejadian berlaku seawal 8.30 pagi.
Akhbar China Press memetik sumber polis melaporkan ketika kejadian, mangsa baru membuka pintu pagar rumahnya untuk keluar.
Dua penembak menaiki motosikal tiba-tiba memasuki halaman rumah mangsa dan berpura-pura bertanya arah, sebelum mengeluarkan pistol dan menembak pehanya. Mereka kemudiannya melarikan diri.
Mustafa baru diambil bekerja oleh Gani sebagai pemandu persendirian sejak Januari lalu. Difahamkan, mangsa tidak becadang menjemput majikannya pada hari kejadian dan jadualnya pagi itu hanya membabitkan aktiviti peribadi.