
Sin Chew Daily memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt Rupeah Abd Wahid mengesahkan seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Akhbar itu melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi Ahad dalam sebuah hotel di Johor Bahru.
Ketika kejadian, peniaga berusia 46 tahun itu dalam perjalanan mengambil keretanya di tingkat 5 hotel itu, selepas selesai minum bersama 5 rakannya di sebuah bar sejak 9.30 malam Sabtu lalu.
Rupeah dalam satu kenyataan berkata, mangsa dipanggil seorang lelaki yang ternampak peniaga itu terpijak beberapa belon dan merosakkan sebuah poster digantung di luar bilik pameran yang disewakan untuk mempromosi produk pelancongan.
Beliau berkata, pergaduhan tercetus dan suspek menumbuk muka mangsa beberapa kali.
“Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan, tetapi beliau meninggal dunia pada jam 5 petang semalam (Ahad).”
Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang ditahan itu ialah setiausaha pameran berkenaan.
Sementara itu, abang mangsa berusia 48 tahun berkata, adiknya tidak sedarkan diri selepas dibelasah mangsa.
Beliau berkata, keputusan x-ray menunjukkan otak anak bongsu daripada 3 beradik itu mengalami pendarahan serius.