Wanita ditahan maki polis selepas disaman

Wanita ditahan maki polis selepas disaman

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan berkata wanita berusia 33 tahun berkenaan yang sedang memandu kereta, diberhentikan oleh anggota terbabit kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

anba
GEORGE TOWN:
Seorang wanita ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun anggota polis yang menyamannya di susur masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas malam tadi kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan berkata dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, wanita berusia 33 tahun berkenaan yang sedang memandu kereta, diberhentikan oleh anggota terbabit kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Suspek dimaklumkan yang dia melakukan kesalahan dan sebaik saman diserahkan kepada wanita itu, dia secara tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun anggota polis yang bertugas.

“Anggota polis itu menasihati wanita berkenaan beberapa kali supaya tidak memakinya kerana dia hanya menjalankan tugas namun wanita terbabit tetap berdegil malah terus mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya ekoran itu, polis terpaksa menahan wanita berkenaan bagi membantu siasatan kerana menghalang tugas polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.