Syarikat elektronik India ambil alih syarikat teknologi Malaysia

Syarikat elektronik India ambil alih syarikat teknologi Malaysia

Pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi Tessolve Semiconductor Pvt Ltd, sebuah syarikat reka bentuk dan pengujian semikonduktor.

hero
NEW DELHI:
Syarikat elektronik India, Hero Electronix, mengambil alih Spectrum Integrated Technologies Sdn Bhd, Malaysia bagi mengembangkan perniagaan kejuruteraannya di Asia Tenggara.

Spectrum, yang membuat papan litar bercetak di kemudahannya di Johor Bahru, mempunyai 100 pekerja.

Pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi Tessolve Semiconductor Pvt Ltd, sebuah syarikat reka bentuk dan pengujian semikonduktor yang berpangkalan di Bangalore.

Tessolve yang sudah memiliki kemudahan reka bentuk dan pengujian di Pulau Pinang dengan 70 pekerja, tidak menyatakan jumlah bayaran untuk pengambilalihan berkenaan.

Hero turut membeli firma Singapura, Lynxemi Pte Ltd, yang terlibat dalam perniagaan makmal pengujian semikonduktor.

Pengambilalihan itu membantu Tessolve beralih daripada perkhidmatan kejuruteraan ujian semikonduktor kepada penyedia penyelesaian menyeluruh, kata Hero Electronix yang berpangkalan di New Delhi, yang merupakan sebahagian kumpulan Hero, pengeluar motosikal terkemuka di India.

“Matlamat kami daripada pengambilalihan ini adalah untuk memenuhi jurang yang akan membantu kami menangani penyelesaian kepada pelanggan yang meliputi keupayaan kejuruteraan dan infrastruktur strategik,” kata Ketua Eksekutif Tessolve, P Raja Manickam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.