Roberto Carlos dipenjara gagal bayar nafkah anak

Roberto Carlos dipenjara gagal bayar nafkah anak

Bekas pemain bola sepak Brazil itu gagal melunaskan bayaran nafkah sebanyak 61,000 reais (US$20,000) kepada bekas isterinya.

roberto
RIO DE JANEIRO: Bekas pemain bola sepak Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos dihukum penjara kerana gagal membayar nafkah anak, lapor agensi berita China Xinhua.

Hakim sebuah mahkamah keluarga di sini, mendapati Carlos, 44,

Bekas pemain sensasi itu mempunyai 9 anak, 2 daripadanya hasil perkongsian hidup dengan Thurler.

Hakim Mayane de Castro berkata, keluarga bekas isteri menolak cadangan Carlos untuk membayar jumlah tunggakan secara ansuran.

Bagaimanapun menurut peguam Fernando Pittner yang mewakli Carlos, perkara itu boleh diselesaikan tanpa memerlukan anak guamnya masuk penjara.

Carlos, yang pernah beraksi sebanyak 125 kali dengan pasukan kebangsaan Brazil, kini menetap di Sepanyol dan menjadi duta untuk kelab bola sepak Real Madrid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.