Pengendali pelayaran tanpa lesen gugat syarikat tempatan di Langkawi

Pengendali pelayaran tanpa lesen gugat syarikat tempatan di Langkawi

Banyak pengendali bot dan sukan air ialah warga asing yang dinafikan kemasukan ke negara Asia lain seperti Thailand dan Indonesia.

Sebuah bot catamaran berkuasa solar yang dibina sepenuhnya bakat tempatan di bawah syarikat diketuai Issac Alexander.
Sebuah bot catamaran berkuasa solar yang dibina sepenuhnya bakat tempatan di bawah syarikat diketuai Issac Alexander.
LANGKAWI:
Pengendali khidmat bot pelancong di pulau peranginan ini kini berdepan dengan saingan daripada pengendali tidak berlesen dari luar Langkawi, mendatangkan kesan buruk kepada punca pendapatan mereka.

Salah satu syarikat yang merasakan kesan itu ialah Tropical Charters, yang mendapati banyak banyak operasi bot luar dan aktiviti pelancongan marin kini dijalankan tanpa lesen.

“Sejak dulu sehingga kini, ramai yang tidak berlesen menjalankan perniagaan secara haram,” Ketua pegawai eksekutif Issac Alexander, yang menceburi bidang itu sejak 2009.

Menurutnya, syarikat berlesen membayar pelbagai kos overhed seperti caruman pekerja dalam KWSP, Socso dan cukai pendapatan.

“Manakala untuk pengurus haram, mereka tidak perlu bayar apa-apa,” kata Alex.

Menurutnya, banyak pengendali bot dan sukan air ialah warga asing yang dinafikan kemasukan ke negara Asia lain seperti Thailand dan Indonesia.

“Mereka mendapat manfaat daripada kerajaan dan pulau kami. Di tanah air mereka, pihak pentadbir mereka tidak akan benarkan mereka menjalankan perniagaan.

“Malahan, mereka dihalau dari Thailand dan Indonesia lalu melihat peluang di Malaysia. Mereka meyalahgunakan kebaikan dan kemurahan hati kita,” tambahnya.

Beliau mendakwa terdapat kes di mana pengusaha tidak berlesen berkahwin dengan warga tempatan untuk memastikan perniagaan mereka lancar.

Alex berkata, syarikat sepertinya memberi manfaat kepada masyarakat tempatan termasuk mengambil pekerja tempatan dan menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk penduduk pulau, seperti terlibat dengan universiti tempatan menyertai pengembaraan taman geo.

Jurutera marin Hamieazuar Hamizan mendakwa Langkawi sebagai pusat pelancongan terkenal dunia menjadikannya sukar untuk membasmi operasi perniagaan marin haram.

“Kami rakyat Malaysia dan kami sentiasa mengalukan budaya dan warga lain ke negara kita.

“Kadangkala apabila terdapat bot layar atau pelayaran mewah memasuki pulau kami, pihak berkuasa tidak boleh semena-mena menghalang mereka kerana kami mengalukan pelancong seluruh negara,” kata Hamieazuar sambil menambah pihak berkuasa tempatan hanya melakukan pemeriksaan pasport semasa ketibaan.

Hamie mendakwa pengendali haram tidak ambil berat terhadap alam sekitar sebagaimana yang dititikberatkan syarikat tempatan.

Tropical Charters adalah antara syarikat pelayaran tempatan yang pertama mengguna pakai teknologi mesra alam dan mengupah bakat tempatan.

Selain Tropical Charters, syarikat tempatan lain menjalankan aktiviti pelayaran ialah Naam dan Crystal Yacht Holidays.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.