Sukan SEA: Wushu Malaysia mula bergaya dengan emas, perak

Sukan SEA: Wushu Malaysia mula bergaya dengan emas, perak

Atlet wushu Malaysia memulakan aksi pada Sukan SEA hari ini penuh bergaya dengan merangkul 1 pingat emas dan pingat perak dalam acara jianshu (pedang) lelaki.

wushu
KUALA LUMPUR: Atlet wushu Malaysia memulakan aksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini penuh bergaya dengan merangkul 1 pingat emas dan pingat perak dalam acara .

Mengenakan pakaian satin merah berkilauan, Yeap Wai Kin mengumpul 9.67 mata untuk mengatasi rakan senegara dan juara Piala Dunia, Wong Weng Son untuk perak dengan 9.65 mata di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Atlet Singapura Fung Jin Jie meraih gangsa dengan 9.48 mata.

Malaysia berpeluang menggandakan pingat emas dalam acara jianshu wanita menerusi Phoon Eyin namun dinafikan atlet Vietnam Duong Thuy Vi dengan perbezaan mata amat tipis untuk mengekalkan gelarannya buat 2 kali berturut-turut.

Duong, pemenang pingat emas Juara Dunia 2013 dan Sukan Asia 2014 memenangi emas dengan 9.67 mata, diikuti Phoon dengan perbezaan 0.04 mata untuk perak manakala gangsa menjadi milik Fung Hui Xin dengan 9.60 mata.

Sementara itu dalam kategori Gunshu Wanita, atlet Vietnam Hoang Thi Phuong Giang memenangi pingat emas dengan 9.64 mata manakala Loh Ying Ting daripada Malaysia dan Felda Elvira Santoso daripada Indonesia masing-masing meraih perak dan gangsa dengan 9.63 dan 9.62 mata.

Sebanyak 5 emas ditawarkan dalam acara wushu hari ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.