
“Kita harus berfikiran terbuka tentang perkara ini. Saya percaya ini tidak dilakukan dengan niat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Teluk Intan, hari ini.
Dalam buku panduan KL2017, temasya sukan dwitahunan yang upacara pembukaannya berlangsung gilang-gemilang malam tadi, bendera Indonesia dicetak terbalik.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Imam Nahrawi dan rakyat Indonesia atas kesilapan tersebut dan menegaskan kesilapan itu tidak disengajakan.