SPRM ‘tak terkata’ Selangor enggan tandatangan ikrar bebas rasuah

SPRM ‘tak terkata’ Selangor enggan tandatangan ikrar bebas rasuah

Selangor dikatakan mempunyai kaedah melawan rasuah yang lebih baik.

Dzulkifli-iskandar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bingung dengan keengganan Selangor menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

“Saya tak terkata,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau enggan mengulas lanjut.

Exco Datuk Iskandar Abdul Samad dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak mahu menandatangani ikrar itu kerana mempunyai kaedah mencegah rasuah dan salahguna kuasa yang lebih baik di semua peringkat, termasuk penjawat awam.

Ikrar itu ditandatangani oleh kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP, selepas memasukkannya ke dalam ikrar integriti 10 perkara negeri itu.

Pentadbiran Kelantan yang diterajui PAS juga menandatangani ikrar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.