4 sekolah di Sarawak ditutup akibat banjir

4 sekolah di Sarawak ditutup akibat banjir

Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu dan SK Bukit Balai ditutup sejak Isnin lalu, manakala SK Long Lenei dan SK Nanga Kain ditutup sejak semalam.

banjir-sarawak
MIRI: Empat sekolah rendah masih ditutup hari ini, termasuk 2 sekolah yang tidak dapat beroperasi sejak Isnin lepas akibat banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, 2 sekolah rendah yang masih bercuti akibat banjir sejak Isnin ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu, SK Bukit Balai manakala SK Long Lenei dan SK Nanga Kain ditutup sejak semalam.

“Jumlah keseluruhan murid bagi 4 sekolah berkenaan ialah 515 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sekretariat JPBNS dalam kenyataan sama berkata, tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.