Zunar saman polis, kerajaan atas penahanannya dan rampasan buku

Zunar saman polis, kerajaan atas penahanannya dan rampasan buku

Zunar juga menuntut polis dan kerajaan untuk mengembalikan 1,187 buku dan 103 baju-T yang mereka merampas semasa acara tersebut.

Zulkiflee-Anwar-Haque-zunar-1-1
KUALA LUMPUR:
Kartunis Zulkiflee SM Anwarul Haque atau Zunar hari ini menyaman polis dan kerajaan dengan mendakwa penangkapannya pada acara kutipan dana tahun lalu menyalahi undang-undang.

Dalam samannya, Zunar berkata buku dan baju-T juga dirampas tanpa sebarang asas pada majlis yang sama yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 17 Disember 2016.

Menurut Zunar, beliau tidak dimaklumkan sebab beliau ditangkap polis semasa acara “Minum Petang Bersama Zunar”.

Zunar-Melissa-Sasidaran-N-Surendran-court-1
“Polis dari balai polis Dang Wangi menangkap saya secara tidak sah dan menghalang kebebasan peribadi saya,” katanya dalam kenyataan tuntutannya, yang difailkan hari ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Selain itu, Zunar juga menuntut polis dan kerajaan untuk mengembalikan 1,187 buku dan 103 baju-T yang mereka merampas semasa acara tersebut.

Beliau memohon ganti rugi atas hukuman penjara salah dan ganti rugi khas sebanyak RM22,388, yang dikatakan adalah kos buku dan baju-T yang dirampas, serta pengakuan mahkamah yang menyatakan polis melanggar hak perlembagaannya.

Beliau menamakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Gunalan Muniandy, pegawai polis Mohamad Ridzuann Samsudin, 16 anggota polis yang tidak dikenali yang dikatakan terlibat dalam serbuan itu, ketua polis negara dan kerajaan dalam samannya.

Peguam N Surendran memberitahu pemberita selepas memfailkan tuntutan mahkamah, penangkapan berterusan terhadap Zunar menyalahi undang-undang dan mereka akan terus mendakwa pihak yang menahan Zunar.

“Tidak ada lagi toleransi, mereka mempunyai tanggungjawab di bawah Akta Polis dan mereka harus bertindak mengikut undang-undang,” kata Surendran, yang juga naib presiden PKR.

zunar3
Sementara itu, Zunar menuntut kenapa polis terpaksa merampas buku-bukunya dan menyimpan bersama mereka.

“Buku saya tidak diharam dan saya hanya menjualnya kepada peminat saya semasa acara kutipan dana. Apa salah dengannya?” soal beliau.

Penangkapan Zunar di KLSCAH pada Disember menyusuli kurang dari sebulan selepas penangkapan pertama beliau di Komtar, Pulau Pinang dalam satu pameran seni yang memaparkan karya beliau.

Polis kemudian dilaporkan berkata Zunar sedang disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana kegiatan yang menjejaskan keamanan, berkaitan peristiwa KLSCAH.

Zunar berkata beliau juga akan memfailkan tuntutan di Pulau Pinang tidak lama lagi, menuntut polis untuk mengembalikan 40 karya seni yang dirampas di pameran Komtar.

Pada 26 November tahun lepas, Zunar dilaporkan ditangkap di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan, sehari selepas seorang pemuda Umno Pulau Pinang berdepan dengan Zunar di pameran itu dan menyebabkan kekecohan.

Kemudian kartunis itu terpaksa membatalkan pamerannya.

Zunar ditahan polis lagi

Zunar akan saman polis atas penahanannya bulan lalu

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.