Tugu Abraham Lincoln diconteng dengan perkataan lucah

Tugu Abraham Lincoln diconteng dengan perkataan lucah

Ia bukan kali pertama lambang kebangsaan di Washington menjadi sasaran.

Lincoln121
WASHINGTON:
Tugu Peringatan Abraham Lincoln di Washington diconteng dengan mesej lucah, menurut pihak berkuasa perkhidmatan taman Amerika Syarikat semalam.

Tulisan di salah satu tiang yang didedikasikan kepada presiden AS Abraham Lincoln yang terkenal dengan perjuangan menghapuskan kehambaan itu dikesan awal Selasa.

Gambar yang disiarkan menunjukkan mesej yang sukar dibaca, tetapi agensi kerajaan berkata ianya nampak seperti kata-kata mencarut terhadap undang-undang.

Tulisan menggunakan cat warna perak yang sukar dibaca turut disembur di atas peta Muzium Smithsonian.

Pekerja menggunakan pelekang khas jenis gel yang tidak berapa kuat untuk membersihkan tugu presiden AS ke-16 itu, yang tersergam di hujung National Mall di ibu negara.

Beberapa rawatan diperlukan untuk menghilangkan semua grafiti itu.

Polis sedang menyiasat kejadian itu, yang bukan pertama kali berlaku pada tahun ini.

Februari lepas, tugu itu dan Tugu Washinton dicacati dengan mesej pelik termasuklah frasa “Jackie menembak JFK”, lapor media tempatan AS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.