
Phee ditahan SPRM selama 3 hari untuk membantu siasatan kes kilang haram pada minggu lepas, sebelum Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengisytiharkan perintah reman 5 hari itu tidak sah.
“Majlis eksekutif negeri percaya Phee tidak terlibat dalam rasuah atau menerima suapan dalam kes ini atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik kilang itu.
“Phee akan menjelaskan isu kilang haram di Sungai Lembu yang didakwa dibenarkan beroperasi lebih 10 tahun.
“Semua exco kami sedia dipanggil SPRM dan tidak akan lari atau bersembunyi seperti Jho Low,” kata Lim pada sidang akhbar hari ini.
Phee, 66, disiasat kerana menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk menerima rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Turut direman ialah 2 beranak iaitu seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan pemilik kilang berkenaan serta anaknya berusia 37 tahun. Reman mereka turut dibatalkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Jika sabit kesalahan, Phee berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Dalam serbuan bersama SPRM pada Rabu lalu, Jabatan Alam Sekitar mendapati kilang memproses habuk kayu yang dipercayai beroperasi secara haram sejak 15 tahun lalu, tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran udara.
Kewujudan kilang haram itu dikatakan turut memberi kesan buruk dengan menjejaskan kesihatan penduduk setempat sehingga ada yang menghidap penyakit serius.
Selepas exco Pulau Pinang, SPRM tahan pengurus kilang, pengarah