
“Baki asal bayaran obligasi pada IPIC pada 31 Julai 2017, kini perlu dibayar pada 31 Ogos 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
1MDB menambah semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah hasil program rasionalisasi berterusan.
Melalui perjanjian yang dimeterai dengan IPIC pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran dengan pembayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat pada 31 Julai.
Tetapi 1MDB gagal untuk memenuhi komitmennya, memaksa IPIC memberi tambahan 5 hari untuk membuat pembayarannya.
Pada 8 Ogos, IPIC melanjutkan tarikh akhir bayaran hingga 31 Ogos, dengan syarat ia membayar AS$360 juta sebelum esok.