
Sebaliknya, perdana menteri berkata, kerajaan pimpinannya ialah kerajaan adil dan bermatlamat membawa negara ke arah masa depan lebih baik.
“Saya tak akan lari daripada tanggungjawab, selagi orang ramai mahu saya terus memimpin negara ini,” katanya semasa berucap merasmikan Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Najib mengingatkan ahli perniagaan yang amaran diberikan pembangkang mengenai pelaburan China di negara ini serta rancangan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya modal politik mereka.
Ini kerana, katanya, pembangkang masih tiada jawapan bagaimana mahu memperoleh RM41 bilion yang disumbangkan GST tahun lalu, jika cukai itu dihapuskan.
“Mereka suka menakutkan dan menyebarkan penipuan demi alasan politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Mereka tidak mempunyai kebaikan untuk negara dan rakyat.”
Najib yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan akan meneruskan program pembaharuan yang dipuji pakar dari seluruh dunia.
“(Ia) untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan Malaysia meneruskan perjalanan ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya.