
Rohani berkata mangsa rogol terbabit berada dalam “kesihatan yang baik”.
Wakil rakyat itu menegaskan jawapan dibuat itu seolah-olah menunjukkan perkahwinan adalah penyelesaian dalam kes rogol statutori.
Dalam jawapan di Parlimen awal hari ini, Rohani berkata kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki disabitkan dengan kesalahan merogolnya di Sabah berada dalam kesihatan baik.
Budak perempuan itu kini berumur 16 tahun dan tinggal dengan keluarga di Kota Kinabalu.
Rohani berkata budak perempuan itu masih isteri kepada Riduan Masmud, 44, seorang bekas pengurus restoran dan kini dipenjara atas kesalahan merogolnya pada 2015.
“Kami melawat budak perempuan itu di rumah keluarganya pada 18 April dan dia berada dalam kesihatan baik manakala suaminya dikenakan hukuman di Penjara Kepayan di Kota Kinabalu,” kata beliau kepada Nie Ching (DAP-Kulai).
Bagaimanapun, beliau berkata, budak perempuan itu memberitahu pegawai kebajikan dia tidak berminat ke sekolah semula kerana berasa malu dengan liputan media meluas ke atas kesnya.
Rohani berkata, budak perempuan itu diberi kaunseling dari semasa ke semasa dan dia dalam keadaan baik.
Riduan, 40, seorang ayah kepada 4 anaknya berumur antara 2 hingga 17 tahun pada masa kesalahan itu berlaku, didakwa merogol budak itu dalam kenderaannya berdekatan Air Terjun Kionsom di Inanam antara 9.00 pagi dan 10.00 pagi pada 18 Februari 2013.
Riduan mengahwini budak perempuan itu pada Mei 2013 bagi mengelak hukuman dan dia dikenakan hukuman merasuah bapa budak perempuan itu dengan RM10,000 untuk menarik balik laporan polis yang dibuat oleh budak perempuan itu terhadapnya.
Riduan dipenjarakan selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak rayuannya ke atas kes rogol statutori tersebut.
Nie Ching berkata walaupun dia menghargai usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat melawat gadis itu tetapi hakikat dia tidak meneruskan pelajaran menunjukkan mangsa berhadapan dengan masa depan yang suram.
“Kerana dia tidak meneruskan persekolahan, apa jenis pekerjaan yang dia boleh peroleh untuk diri sendiri? Pokoknya, tidak masuk akal untuk perkahwinan.
“Saya rasa sangat sukar bagi mana-mana gadis untuk kembali dan belajar selepas berkahwin pada usia yang sangat muda,” kata beliau.
Beliau berkata, terdapat persetujuan di kalangan sayap wanita Pakatan Harapan agar had umur perkahwinan bagi gadis dinaikkan dari 16 hingga 18 tahun.
Nie Ching berharap sayap wanita parti komponen BN juga akan bersetuju menaikkan had umur, sambil menambah masih belum ada respons respons daripada mereka.
Dalam pada itu, pemimpin Bebas Azrul Khalib memberitahu FMT, walaupun beliau gembira mendengar gadis itu, yang dirogol ketika berusia 12 tahun, meneruskan hidupnya tetapi kecewa kerana dia masih berkahwin dengan orang yang memperkesonya.
“Walaupun disabit dan dipenjarakan, kes ini menunjukkan kekejaman dan ketidakadilan sistem, yang membolehkan perkahwinan dan kemungkinan perogol berkahwin dengan mangsa untuk melepasi hukuman.
“Ini mesti dihentikan. Perkahwinan tidak boleh digunakan untuk menutup (kes) rogol,” kata Azrul yang menegaskan beberapa negara seperti Mesir, Maghribi, Tunisia dan Jordan telah memansuhkan undang-undang yang membenarkan perogol mengahwini mangsa mereka untuk mengelak pertuduhan jenayah.
Azrul berkata undang-undang tersebut berdasarkan sikap patriarki yang menghubungkan kehormatan keluarga secara langsung kepada kesucian wanita.
Azrul turut mempersoalkan mengapa mahkamah tidak melindungi mangsa-mangsa yang berumur bawah 18 tahun, dari perogol mereka dan sebaliknya memberi kebenaran kepada perogol untuk berkahwin dengan kanak-kanak terbabit.
Budak 12 tahun berkahwin perogol dalam keadaan baik, kata menteri