
Malah, Pengerusinya, Datuk Nor Azita Abdul Rahman berkata, Tekun Nasional mencatatkan keuntungan RM19.5 juta pada tahun kewangan 2015 sebelum aktiviti hapus kira hutang berkenaan.
Beliau menjelaskan, kerja menghapus kira hutang lapuk tersebut melibatkan akaun tertunggak melebihi 24 bulan berjumlah RM230 juta yang membabitkan 27,765 peminjam dari 1999 hingga 2014.
“Kerugian yang dialami ini bukan bermaksud Tekun Nasional tak ada duit dan tak boleh nak menjana kewangan, malah kita mencatatkan keuntungan RM19.5 juta pada tahun kewangan 2015 sebelum aktiviti hapus kira ini dijalankan.
“Sebenarnya, kalau mengikut baki tunai, Tekun Nasional berada pada (paras) kewangan sangat baik. Ianya disebut dalam laporan audit yang aliran tunai Tekun berada dalam keadaan memuaskan, maksudnya kita ada kewangan yang cukup,” katanya kepada Bernama hari ini.
Laporan Audit: Skim Tekun rugi RM209 juta, RM410 juta hutang lapuk