
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki berumur 52 tahun dari Kampung Remun, Serian itu disahkan dijangkiti rabies menerusi ujian makmal pada 18 Julai.
Menurutnya lelaki itu mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lepas, dan pada 11 Julai lalu beliau yang mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
“Oleh itu, sehingga 18 Julai ini, terdapat 5 kes rabies di Serian, Sarawak, yang mana 4 kes telah meninggal dunia, dan satu sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada laman web hari ini.
Dua hari lepas, seorang kanak-kanak Florancesia Edward, 5, menjadi pesakit ke-4 meninggal dunia di hospital itu akibat rabies.