Mubarak: Dr Mahathir, Anwar bersatu kerana mahu kuasa

Mubarak: Dr Mahathir, Anwar bersatu kerana mahu kuasa

Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Dr Mahathir dan Anwar yang sebelum ini merupakan musuh, kini bersatu demi melunaskan agenda mereka.

Abdul-Aziz-Rahman-mahathir-anwar
KUALA LUMPUR: – Gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan dua pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, Dr Mahathir dan Anwar yang sebelum ini merupakan musuh, kini bersatu demi melunaskan agenda mereka.

“Kerana kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja. Mereka hanya nak menang dan berkuasa malah sanggup buat apa sahaja. Dahulu Tun Dr Mahathir masukkan Anwar dalam penjara, tetapi sekarang berbaik pula,” katanya kepada pemberita pada jamuan malam dan perasmian Bengkel Persediaan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa di sini malam tadi.

Beliau mengulas perkembangan PH yang menamakan beberapa barisan kepimpinan baharu kelmarin.

Majlis Presiden PH dilaporkan mengumumkan struktur kepimpinan PH yang baharu iaitu Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden gabungan pembangkang itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.