
Bangkai 2 ekor burung ditemui di landasan.
Pesawat yang membawa 345 penumpang dan 14 anak kapal itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Brisbane dan selamat mendarat pada 11.33 pagi, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
“Pesawat gantian digunakan, dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Brisbane pada 5.10 petang (waktu tempatan) dan penumpang dijangka dipindahkan ke penerbangan D7 689 yang dijadual berlepas ke Kuala Lumpur pada 6.10 petang hari ini,” katanya.