Nasi goreng, sate imbau zaman kanak-kanak Obama di Indonesia

Nasi goreng, sate imbau zaman kanak-kanak Obama di Indonesia

Hidangan itu mengingatkan Obama pada zaman kanak-kanaknya di Jakarta.

obama-indonesia
PETALING JAYA: Nasi goreng dan sate ayam hidangan tradisional Indonesia yang mengimbau kenangan bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Indonesia suatu masa dulu.

The Jakarta Post melaporkan, hidangan itu mengingatkan Obama pada zaman kanak-kanaknya. Obama menetap di Jakarta selama 4 tahun pada akhir 1960-an selepas ibunya berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan.

Semasa lawatannya ke Yogyakarta pada November 2010, Obama menyelitkan bakso dan sate dalam ucapannya.

Ketika kecil, ibu dan ayah tirinya selalu membawanya ke Yogyakarta. Dalam kunjungan 3 hari selaku presiden AS ke kota seni halus dan budaya Jawa itu, Obama menetap di Hotel Tentrem yang dimiliki seorang pembuat jamu terkenal, Sido Muncul.

“Obama memesan hidangan tradisional Indonesia seperti bakmi, sate dan nasi goreng,” kata Pengurus Besar Hotel Tentrem Mey Nurnaningsih.

Menu pilihan Obama itu mengenang kembali zaman kanak-kanaknya, kerana Yogyakarta lebih terkenal dengan masakan gudeg, iaitu nangka muda yang direbus dengan santan.

Ibu Obama, Ann Dunham yang berketurunan orang putih bertemu bapa tirinya, Lolo Soetoro di Universiti Hawaii pada 1963.

Dari usia 6 hingga 10 tahun, Obama bersekolah tempatan dan diajar bapa tirinya mengenai hidup berdikari dan menilai dunia secara realistik.

Bapa dan abang Lolo terbunuh dalam Perang Kemerdekaan Indonesia, apabila Belanda membakar rumah mereka. Menurut Obama, bapa tirinya mengikut ajaran Islam yang bertolak ansur dengan budaya asal tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.