Sorok dadah dalam patung ‘Mickey Mouse’, 3 lelaki ditahan

Sorok dadah dalam patung ‘Mickey Mouse’, 3 lelaki ditahan

Polis menemui 4 botol mengandungi heroin seberat 22 gram, 65 biji pil Eramin 5 dan 4 biji pil Methamphetamin bernilai RM5,023 dalam patung itu.

rowi-mickey
BESUT:
Taktik 3 lelaki menyembunyikan dadah di dalam patung “Mickey Mouse” untuk mengaburi mata pihak polis tidak berhasil apabila diberkas di sebuah rumah di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata patung berkenaan ditemui di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas patung berkenaan, polis menemui 4 botol plastik cerah mengandungi heroin seberat 22 gram, 65 biji pil Eramin 5 dan 4 biji pil Methamphetamin yang semuanya bernilai RM5,023,” katanya kepada media hari ini.

Mohd Zamri berkata semua suspek berusia antara 25 hingga 27 tahun itu ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit.

Dua daripada suspek bekerja sebagai nelayan dan seorang lagi buruh.

Semua mereka turut didapati positif dadah ketika ditahan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.