Pengusaha makanan disingkir kerana tak patuh terma kontrak

Pengusaha makanan disingkir kerana tak patuh terma kontrak

Timbalan menteri berkata isu ini bukan masalah perkauman kerana 3 lagi peniaga Melayu disingkir atas sebab yang sama.

kamalanathan-3
GEORGE TOWN:
Seorang kontraktor makanan India di sebuah institusi pendidikan di Pulau Pinang disingkir atas sebab “pentadbiran”, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan hari ini.

Sebelum ini, kontraktor itu mendakwa disingkir kerana tidak patuhi piawaian syariah.

Menurut Kamalanathan, kontrak 3 peniaga Melayu lain ditamatkan atas sebab yang sama.

“Saya ingin tegaskan isu ini bukanlah masalah perkauman kerana kontrak 4 kontraktor ditamatkan atas sebab pentadbiran.

“Saya menghubungi pengarah institusi itu dan beliau menjelaskan kontrak 4 kontraktor, yang terdiri daripada 3 orang Melayu dan seorang India, ditamatkan kerana tidak mematuhi terma kontrak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalanathan berkata Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam amat prihatin terhadap insiden tersebut dan melantik beliau menyiasat perkara ini.

“MIC tidak akan bertolak ansur dengan sebarang diskriminasi jika tuduhan didapati benar.

“Selain itu, institusi tersebut menyedari akan masalah pelajar India yang belajar di situ dan pengarah sendiri komited untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera,” kata Kamalanathan.

Satu mesej yang menjadi viral di WhatsApp dan Facebook mendakwa satu-satunya peniaga makanan India yang beroperasi di kantin itu ditamatkan berikutan pelaksanaan dasar “patuh syariah” oleh institusi itu.

Gerai makan didakwa tak patuh syariah diarah tutup

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.