
Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata RFP boleh didapati di pejabat Setiausaha Perbendaharaan bermula 5 Julai ini.
Syarikat yang berminat dipelawa mengambil bahagian dalam RFP dengan syarat dan kriteria tertentu dipenuhi, katanya.
“Antara kriteria yang syarikat dan/atau konsortium yang berminat itu perlu penuhi ialah mesti merupakan sekutu kepada syarikat Fortune 500 bagi memastikan kekuatan kewangan, sekutu syarikat yang menjana perolehan secara kumulatifnya, dalam tempoh 3 tahun lepas, tidak kurang daripada RM50 bilion daripada keseluruhan rantaian nilai perniagaan hartanah dan berkaitan serta pengalaman dalam projek-projek pembangunan hartanah berkualiti antarabangsa,” katanya.
Menurut kementerian, dokumen RFP itu untuk mendapatkan cadangan yang paling menyeluruh berdasarkan penggunaan terbaik untuk pembangunan yang dicadangkan di Bandar Malaysia.
“Pencadang itu mesti dapat menunjukkan bagaimana cadangan mereka memberi tumpuan dan memberi penekanan kepada perkata penting untuk rakyat dan kepentingan negara Malaysia,” katanya.