
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penubuhan RCI itu adalah kerana Dr Mahathir sendiri tidak menubuhkan suruhanjaya sama ketika skandal matawang melibatkan bank pusat itu hangat pada awal 1980-an dan 1990an.
“Pengajaran untuk Dr Mahathir: dia sepatutnya menubuhkan RCI apabila skandal itu dibongkar pada awal 1980-an,” kata Wong Chen.
“Pengajaran untuk Najib: lebih baik tubuh RCI mengenai 1MDB sekarang daripada ditubuhkan orang lain pada masa depan,” katanya di Facebook.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata hasil laporan pasukan penyiasat khas mengenai skandal era Dr Mahathir, terdapat kes prima facie bagi kerugian BNM akibat dagangan mata wang asing pada sekitar 1980-an dan 1990-an.
“Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merangkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.