IS jadikan pelajar sekolah tebusan di Filipina

IS jadikan pelajar sekolah tebusan di Filipina

Sekumpulan 300 lelaki bersenjata dipercayai anggota militan IS menyerang sebuah sekolah di Pigcawayan, Pulau Mindanao pada awal pagi Rabu.

tentera-filipina-is-militant-sekolah
MANILA: Sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Pigcawayan, Pulau Mindanao dijadikan tebusan selepas 300 lelaki bersenjata dipercayai anggota militan IS menyerang sekolah itu pada awal pagi Rabu, lapor Reuters.

Anggota Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) terlibat dalam pertempuran dengan tentera, kata Ketua Inspektor Pigcawayan, Realan Mamon, dalam satu wawancara radio.

“Kami mengesahkan mereka mengepung sekolah dan terdapat orang awam yang terperangkap. Kami dalam proses menentukan bilangan orang yang terperangkap dan identiti mereka,” kata Mamon.

Pigcawayan terletak kira-kira 190km di selatan Marawi City, di mana militan BIFF bersama pejuang kumpulan lain yang bersekutu dengan IS, bertempur dengan tentera Filipina sejak 23 Mei lalu.

Datuk Bandar Pigcawayan, Eliseo Garcesa memberitahu radio Filipina, beliau masih mencari maklumat tentang mangsa serangan ini.

Pesawat dan tentera Filipina melancarkan serangan baharu terhadap militan IS di Marawi pada Selasa dan seorang jurucakap tentera berkata, tujuannya untuk membebaskan kawasan itu dari tangan militan IS pada hujung minggu menjelang sambutan Aidilfitri, walaupun tidak ada tarikh akhir ditetapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.