
Lapan pelajar di Selangor itu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda keletihan ketika menghafal kitab suci tebal itu, walaupun pada bulan Ramadan.
Mereka yang hilang penglihatan sejak lahir adalah antara 1,000 pelajar di Darul Quran yang menumpukan pembelajaran dan menghafal Al-Quran.
Mereka bergantung kepada salinan 6 jilid tebal Al-Quran dalam bentuk Braille yang dihasilkan di negara ini.
“Mereka perlu cuba menghafal 1 hingga 2 muka surat sehari. Anda biasanya perlu membaca 1 halaman sebanyak 30 hingga 40 kali untuk menghafalnya,” kata Ahmad Qusairi Mat Zizi – guru hilang penglihatan di institusi pengajian Al-Quran itu.
Pelajar yang berumur 19 hingga 21 tahun itu kini berada di pertengahan kursus 4 tahun untuk menghafal kitab suci itu dan mempelajari bahasa Arab serta mata pelajaran Islam yang lain.
“Motivasi saya untuk datang ke sini ialah demi keluarga serta diri saya, dan kerana saya suka menghafal Al-Quran. Itu ialah satu daripada cita-cita saya,” kata pelajar, Nur Basyirah Azhar.
Sebaik sahaja menamatkan kursus, mereka boleh melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau berharap Malaysia boleh melahirkan 125,000 rakyat yang mampu menghafal Al-Quran menjelang 2050.
Ini kerana, katanya, ia adalah kunci untuk membina keharmonian dan kemakmuran negara.