
Polis berkata, 3 penyerang memandu sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menikam orang ramai di Borough Market.
“Pegawai bersenjata bertindak dengan segera dan berani serta berdepan 3 suspek lelaki yang ditembak mati di Borough Market,” kata pegawai tertinggi anti keganasan Britain, Mark Rowley.
“Malangnya, 6 orang maut, tambahan kepada 3 penyerang yang ditembak polis.
“Suspek itu ditembak polis dalam masa 8 minit selepas panggilan pertama dibuat. Suspek memakai apa yang dilihat sebagai jaket bahan letupan, tetapi ia kemudiannya disahkan adalah palsu.”