
Kepenatan akibat tidak cukup tidur atau “sleep deprivation” disebabkan pelbagai faktor termasuk sosial, persekitaran, pekerjaan dan kesihatan. Memandu kenderaan dalam keadaan penat meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
Kepenatan yang ketara boleh membuatkan kita leka atau kurang sedar apa yang berlaku di jalan raya. Ia juga mengurangkan keupayaan kita untuk bertindakbalas dengan cepat dan selamat sekiranya menghadapi situasi yang berbahaya di jalan raya.
Kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya di kalangan doktor perubatan mendapat perhatian ramai terutama bagi kemalangan ulang alik (commuting accident).

Dalam tempoh 3 tahun itu, 69 kes adalah kemalangan semasa pulang dari tempat kerja selepas bekerja di luar waktu pejabat.

Justeru KKM akan terus mengambil langkah proaktif menambah baik kebajikan dan keselamatan kakitangan dari semasa ke semasa.
Memandangkan hospital KKM sememangnya menawarkan perkhidmatan kesihatan berterusan selama 24 jam, menjadi lumrah tugasan kakitangan yang bertugas di hospital untuk bekerja di luar waktu bekerja biasa.
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk kakitangan dan terdapat peruntukan sedia ada berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan untuk memberi kelonggaran tertentu kepada kakitangan berdasarkan budi bicara ketua jabatan dan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan di hospital.
Sebagai langkah pencegahan, KKM akan berganding bahu dengan agensi berkaitan seperti MIROS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan NGO berkaitan selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
Semua kakitangan KKM disarankan mengambil berat tentang keselamatan diri mereka dan mengamalkan budaya pemanduan yang selamat terutama selepas tugasan diselesaikan.
Jika kelesuan atau mengantuk, mereka disarankan untuk mengambil masa berehat atau tidur sebentar sebelum memandu.
Ini bagi memastikan mereka dapat memandu dengan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga.