
“Saya menyokong initiatif mewujudkan lebih banyak sekolah menggunakan medium Inggeris di negara ini. Tetapi saya tidak pasti sama ada dasar sekarang membenarkannya.
“Perlu ada pelarasan dasar,” kata senator Dewan Negara itu di majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) mengenai kefasihan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia, di sini, malam tadi.
Azwan berkata ramai rakyat Malaysia segan bertutur bahasa Inggeris kerana segan.
Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau mencadangkan penggunaan bahasa “rojak” sebagai permulaan.
“Masalah dengan orang Malaysia ialah kita segan. Kita tidak mahu ditertawakan. Kita mahu jadi ‘perfect’, takut buat kesilapan,” katanya pada program “Mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia, Cabaran dan Penyelesaian” dianjurkan beliau dengan kerjasama Teach for Malaysia, sebuah NGO pendidikan.
“Tidak salah menggalakkan generasi muda bertutur bahasa Inggeris dengan campuran bahasa ibunda,” katanya.
Seorang lagi pemimpin muda Umno, Nurul Ashiqin Shamsuri, yang juga pengasas NGO pengupayaan wanita Project Fearless, menceritakan pengalamannya mengajar di mana pelajar tidak tampil dengan idea mereka kerana tidak fasih Inggeris.
“Adakalanya saya perlu memaksa mereka dan mereka mempunyai idea hebat,” katanya sambil menambah orang Eropah tidak semuanya fasih bertutur Inggeris tetapi mereka cuba sedaya upaya.