Budu, pegaga berupaya elak kanser perut

Budu, pegaga berupaya elak kanser perut

Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam USM, Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati kanser perut jarang dihidapi masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor budu dan pegaga.

budu-pegaga-kanser-perut
PETALING JAYA:
Kajian tempatan menunjukkan budu dan pegaga mampu mengelak seseorang daripada menghidap penyakit kanser perut.

Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati kanser perut jarang dihidapi masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor budu dan pegaga.

Beliau berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut, namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri Kelantan.

Dipetik Utusan Online, kata beliau, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal, namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

“Selain itu, penduduk Melayu di sini (Kelantan) juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” kata beliau di Kubang Krian, Kelantan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.