
Langkah melepaskan takhta itu adalah yang pertama kali berlaku dalam tempoh 200 tahun.
Kerajaan Jepun sebelum ini mempertimbangkan Disember 2018 sebagai tarikh Maharaja Akihito turun takhta kerana ketika itu, baginda akan mencecah usia 85 tahun.
Menurut sumber, Maharaja Akihito mungkin kekal menerajui takhta dan perubahan dijangka berlaku pada awal 2019.
Rang undang-undang berkenaan dibuat kerana sebelum ini maharaja pernah menyuarakan hasrat baginda mahu melepaskan takhta dalam beberapa tahun lagi.