
Salah seorang pakar memberitahu pendengaram awam ke atas kematian Balamurugan trauma daya tumpul mungkin termasuk tumbukan dan sepakan pada tubuh, manakala seorang lagi menggambarkannya sebagai “pukulan”.
Ahli Patologi Dr Kartini Md Arif berkata Balamurugan mempunyai masalah jantung dan kecederaan daya tumpul boleh mencetuskan serangan jantung.
Dr Kartini terlibat dalam bedah siasat pertama yang dijalankan di Hospital Klang pada 8 Februari dari 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
Perunding Perubatan Forensik Dr Siew Sheue Feng, yang menjalankan bedah siasat kedua, berkata pukulan pada tubuh Balamurugan adalah “teruk, tetapi tak cukup untuk mematahkan tulang”.
Pendengarah awam hari ini masuk hari ke-3. Ia dijalankan Suruhanjaya Agensi Integriti Penguatkuasaan (EAIC) bagi menentukan punca kematian Balamurugan.
Setakat ini keluarga Balamurugan dan polis sudah memberi keterangan kejadian 6 Februari itu, apabila Balamurugan ditangkap di Jalan Batu Belah, Klang, dan kemudian di bawa ke Balai Polis Bandar Baru Klang.
Dr Kartini berkata ada lebam ada mata kiri, dada kanan dan belakang.
Dr Kartini berkata juga ada lebam pada paha kiri (15x5cm), kaki kanan (30x10cm), lutut kanan (6x5cm), pergelangan tangan kanan (4x5cm), pergelangan tangan kiri (2x1cm), bahagian atas di sebelah kiri belakang badan (7x7cm) dan lebam di kaki kiri yang memanjang ke kaki bawah (30x5cm).
Beliau berkata lebam seperti itu selalunya disebabkan trauma daya tumpul yang menyebabkan tisu lembut pecah.
“Semua kecederaan berlaku dalam tempoh masa yang sama, tidak lebih dari 72 jam sebelum saya lakukan bedah siasat.
“Ia boleh oleh disebabkan tumbukan atau sepakan. Semua mungkin,” katanya ketika menunjukkan gambar bedah siasat Balamurugan yang mati di IPD Klang Utara pada 8 Februari 12.15 tengah malam.
Dr Kartini berkata ada kecederaan pada kedua-dua lutut dan telinga, yang mungkin disebabkan jatuh.
“Tetapi kecederaan lain disebabkan trauma daya tumpul. Kecederaan jenis ini perlukan daya luaran terus.”
Bagaimanapun, katanya, kecederaan itu tidak cukup parah untuk membunuh seorang manusia normal.
Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam, yang mempengerusikan pendengaran awam itu, bertanya adakah masalah jantung mempercepatkan kematian Balamurugan.
“Jantung dalam keadaan tidak sihat kerana si mati pernah menjadi prosedur jantung sebelum ini. Jantungnya tidak dalam keadaan baik,” jawab Dr Kartini.
Beliau berkata ada warna kekuningan pada mata si mati, yang menunjukkan Balamurugan mengalami penyakit kuning disebabkan masalah hati.
Beliau berkata hati si mati mengecut dan seberat 990gm berbanding hati manusia normal yang seberat lebih 1kg.
“Dia sepatutnya menjalani rawatan perubatan dan rawatan susulan secara tetap,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyatakan berapa lama Balamurugan mengalami masalah hati.
Beliau berkata tiada masalah buah pinggang atau tulang patah.
Sementara itu, Dr Siew, yang menjalankan bedah siasat kedua pada 18 Februari atas permintaan keluarga Balamurugan berkata kecederaan bukan perbuatan sendiri atau tidak disengajakan.
“Ia dilakukan oleh orang lain. Kecederaan tidak cukup untuk menyebabkan kematian seorang manusia normal yang sihat.
“Tetapi si mati ada masalah jantung. Penyakit jantung kronik dan masalah hati mungkin menjadi sebahagian daripada kematian.”
Beliau mengesahkan kecederaan hanya boleh berlaku ketika jantung masih berdegup.
Dr Siew juga mendapati 20 kecederaan lagi pada bahagian atas kelopak mata kanan, telinga kanan, belakang pergelangan tangan kiri, buku jari tangan kiri, kaki kiri bahagian bawah, lutut kiri dan kaki kanan bahagian bawah.
Beliau berkata kecederaan terbesar adalah pada tulang kering kiri yang mungkin disebabkan oleh sepakan yang kuat.
Pendengaran berakhir esok, tetapi set kedua pendengaran akan diadakan pada Jun.