Isu Adun Pujut: DAP Sarawak bincang tindakan hari ini

Isu Adun Pujut: DAP Sarawak bincang tindakan hari ini

Jawatankuasa DAP Negeri akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara tentang kehilangan kelayakan Ting sebagai wakil yang dipilih, kata pemimpin DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

chong-dap-3
KUCHING:
Berikutan pemecatan Adun Pujut, Dr Ting Tiong Choon oleh wakil rakyat BN semasa persidangan Dewan Undangan Sarawak, DAP akan membuat keputusan mengenai opsyen perundangan yang ada pada mesyuarat khas yang di sini hari ini.

“Jawatankuasa Negeri (parti) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara tentang kehilangan kelayakan Ting sebagai wakil yang dipilih,” kata pemimpin DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kepada wartawan.

Bagaimanapun Chong yang juga Adun Kota Sentosa tidak menyebut siapa yang akan menyediakan khidmat nasihat undang-undang atau sama ada ahli Parlimen dari kepimpinan kebangsaan parti itu akan terlibat.

Ting dipecat sebagai wakil rakyat di bawah Perkara 17(1)(g) Perlembagaan Negeri berhubung isu secara sukarela memperoleh kewarganegaraan luar Malaysia.

Usul tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Wong Soon Koh. Ia kemudiannya diundi dan mendapat sokongan daripada 70 Barisan Nasional (BN) ahli Parlimen yang mengundi memihak kepada kandungan usul. Kesemua 10 ahli pembangkang mengundi menentangnya.

Wong berkata, Ting memperoleh kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010 dan menggugurkannya pada 4 April 2016, sebulan sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 8 Mei tahun lepas.

“Apa yang berlaku pada hari Jumaat (lalu) meninggalkan satu kes contoh yang sangat berbahaya dalam sistem demokrasi di Malaysia dan di Sarawak, di mana kuasa badan kehakiman dirampas oleh badan perundangan.

“Badan perundangan memainkan peranan sebagai badan kehakiman, menggugurkkan status wakil rakyat yang dipilih,” kata Chong, yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Chong berkata, kemungkinan besar DAP akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan kerana parti itu dianggap prosiding Jumaat sebagai satu “pelanggaran semangat perlembagaan” Malaysia.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga mengumumkan pihaknya akan mempertimbangkan aspek perundangan.

Katanya, Mahkamah Pilihan Raya tahun lepas telah menolak petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN Pujut yang difailkan oleh calon BN, Datuk Hii King Chiong yang mendakwa Dr Ting mempunyai kewarganegaraan Australia setelah mendaftar sebagai pengundi di Australia.

Penolakan itu dibuat pada Oktober tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Pilihan Raya, P. Ravinthran yang turut mengarahkan pempetisyen membayar kos RM80,000 kepada responden.

Guan Eng: DAP mahu cabar kes lucut Adun Pujut

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.