Polis sahkan 2 pelajar UiTM maut, 6 cedera dihempap pokok di Janda Baik

Polis sahkan 2 pelajar UiTM maut, 6 cedera dihempap pokok di Janda Baik

Mayat Noorain ditemukan pagi tadi sebaik operasi mencari dan menyelamat dilakukan manakala mayat Muhammad Kamil yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan di bawah sebatang pokok balak kebih kurang 2 kilometer dari trek berjalan kaki.

pokok-tumbang
KUANTAN: Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor disahkan maut sementara 6 agi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika menjalani aktiviti survival di Air Terjun Lata Charok, Janda Baik, Bentong awal pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah Noorain Mokhtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22.

Yang cedera pula dikenali sebagai Muaz, Farahanisa, Aini Sofia, Aida Farida, Mohd Amar Afendi yang kini dirawat di Hospital Bentong manakala Muhamad Haziq Radzuan, 21, yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Laporan awal pagi ini menyebut seorang penuntut terbunuh dalam kejadian itu.

“Seramai 140 pelajar dan 4 pensyarah tiba di kawasan air terjun berkenaan pada jam 11.30 malam dan sepatutnya turun jam 5 pagi ini.

“Bagaimanapun semasa sedang menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap para pelajar,” kata Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor dipetik Bernama.

Mayat Noorain ditemukan pagi tadi sebaik operasi mencari dan menyelamat dilakukan manakala mayat Muhammad Kamil yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan di bawah sebatang pokok balak kebih kurang 2 kilometer dari trek berjalan kaki.

Laporan Bernama juga menyebut mayat kedua-dua mangsa yang maut telah dikeluarkan dari kawasan rekreasi berkenaan dan akan dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Usaha membawa turun mayat kedua-dua mangsa dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis.

Penuntut yang cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bentong adalah Abdul Muaz Abdul Razak, 22, dari Kampung Merawan Indah, Ipoh, Perak; Mohd Ammar Affandi Ahmad Subki, 20, dari Padang Serai, Kedah; Nur Farah Izzatul Azira Md Fauzi, 20, dari Kulai, Johor; Farah Hanisah Hamdan, 22, dari Parit Buntar, Perak, dan Ainin Sofea Abd Shukor, 21, dari Benut, Johor

Yang cedera parah dan dirawat Hospital Kuala Lumpur, Muhammad Haziq Radzuan, 21, dari Bandar Puncak Alam, Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.