
Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata program di bawah Kementerian Pendidikan itu merupakan antara usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir pelajaran hanya ekoran faktor kesihatan.
“Guru khas terlatih ditempatkan di SDH untuk mengajar pelajar dengan kaedah serta pelbagai aktiviti menarik,” katanya kepada pemberita selepas melawat SDH di hospital Tawau hari ini.
SDH Tawau yang ditubuhkan pada 2015 kini menempatkan 6 guru serta 2 pembantu pengurusan murid dan ketika ini mempunyai 8 pelajar berusia 6 hingga 14 tahun.
Yap berkata program SDH boleh diperluaskan ke hospital lain di Sabah ekoran sambutan positif ibu bapa yang melihat perkembangan anak mereka meskipun tidak sihat tetapi mampu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.