
Jurucakap itu berkata, pengguna perlu menunggu selama 8 minit berbanding 5 minit sebelum ini kerana perkhidmatan tren 4 gerabak dihentikan sementara waktu.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan puncanya, sebaliknya berkata pengumuman akan dibuat kelak untuk memaklumkan tarikh operasinya.
“Tren masih bergerak, tetapi cuma mereka akan tunggu lebih lama sikit.
“Kami pun ada beri notis di stesen, buat pengumuman dan mempunyai kakitangan di stesen untuk mengawal keadaan supaya tidak sesak sangat,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau mengulas dakwaan perkhidmatan Monorel menghadapi masalah menyebabkan stesennya dipenuhi pengguna hari ini.
Jurucakap itu berkata, buat masa ini, Rapid KL mempunyai 5 tren 2 gerabak dan 4 tren 4 gerabak.
Dalam pada itu, Ketua Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan mengapa hanya tren 2 gerabak yang beroperasi hari ini.