
Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu di dalam kamar, dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad dan peguam Vivian, Chong Joo Tian.
Chong memberitahu pemberita, pendengaran rayuan itu ditetapkan hari ini tetapi terpaksa ditangguhkan untuk menunggu keputusan kes yang sama di Mahkamah Persekutuan.
Vivian atau nama sebenarnya Lee May Ling, 27, turut berada di mahkamah hari ini.
Mahkamah Sesyen 27 Mei tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara 5 bulan dan 22 hari selepas mensabitkan beliau atas kesalahan itu tetapi Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan pelaksanaannya digantung sementara menunggu rayuannya.
Vivian dan Alvin didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu dengan menyiarkan gambar yang tertera “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh … fragrant, delicious and appeising)” dan mengandungi logo “halal” di laman Facebook, pada 9.00 pagi 13 Julai 2013.
Kesalahan itu, di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, memperuntukkan denda RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.