
Awal minggu ini, TRX City Sdn Bhd – bekas unit 1MDB yang kini dimiliki kementerian kewangan – berkata perjanjian untuk menjual 60% Bandar Malaysia terbatal kerana konsortium gagal menunaikan tanggungjawab pembayaran.
Dalam kenyataan hari ini, Iskandar Waterfront Holdings (IWH), milik taikun tempatan Lim Kang Hoo, dan China Railway Engineering Corp (CREC) berkata “tidak boleh terima” dakwaan TRX mengatakan perjanjian penjualan saham sudah terbatal.
Konsortium sudah menunaikan semua tanggungjawab pembayaran kepada TRX seperti yang dinyatakan dalam perjanjian, katanya.