
Syarikat penerbangan itu dalam proses pemulihan selepas mengalami 2 tragedi pada 2014 – penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang secara misteri dan penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine.
Bellew berkata bilangan laluan yang diperkenalkan sekarang paling banyak dalam tempoh setahun dalam sejarah syarikat itu.
Ia kini sedang menilai sekurang-kurangnya 26 lagi laluan pada 2018.
Beliau berkata berlaku peningkatan pelanggan Asia terutamanya dari China, India dan Australia, walaupun promosi penerbangan ke Eropah dan Amerika Syarikat menjunam.
Malaysia Airlines merancang mengambil lebih ramai kakitangan akhir tahun ini dan menambah beberapa pesawat besar untuk penerbangannya.
Bagaimanapun, Bellew tidak memperincikan berapa banyak jawatan kosong yang ada.
Syarikat itu terkeluar daripada senarai Bursa Saham Kuala Lumpur pada 2014 dan memberhentikan kira-kira 6,000 pekerja, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada tenaga kerja syarikat itu ketika di puncak krisis pada 2015.
“Urus niaga sangat baik pada masa ini dan di peringkat antarabangsa juga amat kukuh,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.
“Kita perlukan lebih ramai juruterbang, anak kapal, jurutera dan kakitangan sokongan.”
Bulan lalu, Bellew memberitahu Reuters syarikat penerbangan itu merancang untuk memajak antara 6 hingga 8 Airbus A330 atau Boeing 777 untuk digunakan syarikat penerbangan lain dari 2018 dan lagi 7 hingga 9 pesawat dari 2019.
Syarikat itu menyasarkan keuntungan pada 2018 dan merancang kembali tersenarai dalam pasaran saham pada Mac tahun berikutnya.