Pura-pura ‘pengsan’ taktik terbaru penyeluk saku

Pura-pura ‘pengsan’ taktik terbaru penyeluk saku

Seorang ahli politik dari Seremban kehilangan RM18,000 selepas membantu seorang lelaki yang ‘pengsan’ di pusat membeli-belah.

pengsan-pickpocket
PETALING JAYA: Berhati-hati apabila berdepan orang yang tiba-tiba pengsan di khalayak ramai. Dalam beberapa kes, mereka mungkin benar-benar pengsan tetapi ada juga berpura-pura untuk melakukan perkara tidak baik.

Itu adalah pengajaran sukar dilupakan seorang ahli politik dari Seremban yang kehilangan RM18,000 selepas membantu seorang lelaki yang “pengsan” di pusat membeli-belah 2 hari lalu, lapor The Star.

Ahli politik itu baru sahaja meninggalkan kaunter pengurup wang selepas menukar beberapa ribu dolar US kepada ringgit dan menyimpan wang tunai itu di dalam poket belakangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang berdiri di depannya pada eskalator tiba-tiba rebah menyebabkan beliau dan beberapa yang lain membantu mangsa.

Menurut akhbar itu, saksi berkata lelaki itu tiba-tiba mampu berdiri dan berlalu pergi.

Penipuan itu tidak lama selepas ahli politik itu menyedari wang di dalam poket belakangnya hilang.

Beliau dipercayai disamun penyeluk saku yang pura-pura “pengsan” dengan menggunakan cara tersebut untuk mengalih tumpuan mangsa semasa proses menyelamat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh memberitahu The Star, polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan akan membuat pemeriksaan rakaman CCTV kecurian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.