
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Reman 7 hari itu bermula hari ini hingga 3 Mei depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, suspek direman 4 hari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sebelum disambung lagi tempoh remannya selama 3 hari.
Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, pada 4 petang Sabtu lalu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Dalam kejadian berkenaan, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.
Thaqif kemudian dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera pembantu warden berkenaan.
Mangsa meninggal dunia pada petang Rabu lalu di Hospital Sultan Ismail di sini dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, pada malam hari sama.