
Hakim Mahkamah Sesyen Syafeera Mohd Said menetapkan pembicaraan bermula 24 hingga 26 Julai ini apabila kes disebut hari ini di Mahkamah Sesyen Ampang.
Muhaimin diwakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar.
Tahun lepas, Muhaimin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) kerana memuat naik imej tersebut di akaun Facebooknya.
Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu pada 20 Oktober 2015.
Individu lain yang juga berdepan tuduhan di bawah Seksyen 233 (1) (a) ialah bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, kartunis Fahmi Reza dan bekas pengerusi MyWatch Sri Sanjeevan Ramakrishnan.