
Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad berkata, penangguhan itu berikutan keadaan jantung pelajar tahfiz terbabit yang dilaporkan dalam keadaan tidak stabil.
“Thaqif sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.
“Bagaimanapun, pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil,” katanya.
Thaqif pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Rabu lepas, selepas beliau didakwa dipukul pembantu warden asrama sekolahnya.
Susulan itu, kedua-dua kakinya dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.
Selepas hilang kakinya, doktor potong tangan Thaqif hari ini