Pakar: Harga hartanah belum cecah paras terendah

Pakar: Harga hartanah belum cecah paras terendah

Juruukur bertauliah Ernest Cheong meramalkan harga akan terus menurun untuk 2-3 lagi.

ernest-hartanah
KUALA LUMPUR: Seorang pakar hartanah menolak pandangan harga hartanah sudah mencecah paras terendah.

Bercakap kepada FMT, juruukur bertauliah Ernest Chong meramalkan harga akan terus menurun untuk 2-3 tahun lagi.

Beliau menjawab kenyataan pengarah pengurusan syarikat perunding hartanah Knight Frank, Sarkunan Subramaniam baru-baru ini.

Subramaniam dalam temubual baru-baru ini berkata pasaran hartanah sekarang ini berada di tahap terendah dan dijangka pulih hujung tahun ini.

Tetapi Ernest berpendapat harga pasaran boleh turun ke paras lebih rendah daripada paras Krisis Kewangan Asia 1997/1998.

“Kos kehidupan ketika itu masih terurus,” katanya. “Rakyat tidak bergelut seperti sekarang ini malah masih boleh menyimpan duit. Masa itu bank yang tertekan,” katanya.

Beliau berkata pada masa krisis itu, nilai hartanah perumahan turun 36% manakala nilai hartanan komersil turun 43.9%.

Beliau akui paras itu mengatasi kejatuhan 25% dan 30% harga sesetengah hartanah dalam pasaran ketika ini. Bagaimanapun, beliau menambah: “Saya percaya peratusan harga hartanah akan turun ke paras lebih rendah daripada paras ketika Krisis Kewangan Asia disebabkan oleh penguncupan kuasa membeli pengguna, gaji bergenang, iklim ekonomi semasa, cukai barangan dan perkhidmatan, dan tentu sekali lebihan bekalan hartanah.”

Beliau tidak pasti bila harga akan mencapai paras terendah tetapi dijangka lebih rendah dari paras 1997/1998 pada pertengahan 2018.

Beliau berkata spekulator yang membeli hartanah antara 2010 dan 2014 akan paling terkesan.

“Kalau kamu mencari rumah, saya nasihatkan tunggu tahun depan. Tapi pastikan tidak melebihi kemampuan kewangan kamu. Kalau kamu mampu ambil pinjaman, mungkin itu masa yang sesuai untuk membeli rumah.

“Tapi kalau kamu tak terdesak, mungkin lebih baik tunggu sehingga 2019 atau 2020. Pada masa itu, kalau harga tak cecah paras terendah, ia akan berada pada harga yang amat rendah.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.