
Sehubungan itu katanya, laporan dalam sebuah portal yang mendakwa Awas bertentangan dengan prinsip undang-undang atau ‘double jeopardy’ seperti mana yang termaktub dalam Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak benar.
“Ia bukan ‘double jeopardy’ kerana Akta JPJ membolehkan kita kenakan kompaun dan potong markah,” katanya pada Majlis Pelancaran Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT) hari ini.
Katanya ‘double jeopardy’ bermaksudkan dalam laporan portal itu adalah mengenai dakwaan berganda di mahkamah atas kesalahan yang sama, sebaliknya di bawah sistem Awas, pesalah hanya akan dikenakan 1 dakwaan sahaja.
Liow menasihati orang ramai supaya tidak keliru dengan pelaksanaan Awas yang menggabungkan rangkaian kamera bagi merakam kenderaan yang melebihi had laju iaitu sistem penguatkuasaan automatik (AES) dan sistem pemberian mata demerit keselamatan jalan raya (Kejara).
Liow berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Nadzri Siron diarahkan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai sistem Awas yang bermula Sabtu lepas (15 April) dari semasa ke semasa supaya tiada lagi kekeliruan.